10th June (1750hrs) — Tekanan Dari Kepimpinan

It has been widely known, that there is some kind of ‘systematic pressure’ from KEPIMPINAN UMNO untuk melemahkan saingan2 politik dalam UMNO, terutamanya kepada mereka yg ‘melawan arus’…

Mukhriz Mahathir juga pernah mengalaminya, dan rasanya masih juga tertekan dan masih juga berjuang. Kerabat TDM yg lain juga telah menerima tekanan2 yg serupa…

TDM aka CHEDET mengulas tentang Sanusi Junid.. tetapi persoalannya adalah…

1. adakah tekanan2 ini berkesan? Masih adakah pejuang2 bangsa di dalam UMNO?
2. adakah tekanan ini akan ‘melumpuhkan’ momentum untuk memperbetulkan / reformasi dalaman UMNO?

Wallahualam…

Advertisements

EXCERPT: KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN JERLUN DAN EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR

Saya rasa terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kenaikan harga minyak mendadak dan tanpa amaran semalam, sedangkan kenyataan yang dibuat di dalam media massa hanya pada pagi kelmarin memberi amaran bahawa kenaikan tersebut hanya akan berlaku pada bulan Ogos.

Pada pendapat saya, kita mesti mengambil tindakan yang bijak dalam mengimbangi keperluan rakyat dan kos harga minyak yang semakin naik. Kita perlulah mengambil kira pandangan semua pihak dalam mencapai satu formula perlaksanaan yang sesuai buat semua orang; dan bukan secara terburu-buru.

Pada hemat saya, masanya amatlah tidak sesuai untuk tindakan ini diambil dengan cara ini, walaupun kita sedar masalah minyak global harus ditangani diperingkat negara juga..

Saya kira, lebih wajar kenaikan ini dibuat secara berperingkat mengikut jadual yang diumumkan terlebih dahulu, untuk mengelakan ketidak tentuan dan keresahan, seperti mana yang berlaku sekarang ini. Rakyat perlu masa dan peluang untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan yang begitu tinggi. Seperti yang kita lihat, keputusan ini telah memberikan kesan yang negatif kepada rakyat. Golongan peniaga dan pedagang pula mengalami ketidak ketentuan yang merumitkan perancangan untuk perbelanjaan perniagaan mereka.

Kerajaan tidak harus mengunakan alasan masalah ini ialah masalah global kerana setiap negara mempunyai situasi dan keadaan berbeza. Apa yang berjaya ditempat lain, tidak semestinya berjaya untuk sistem kita. Kita mempunyai masalah dan cara penyelesaian kita sendiri. Sebagai contohnya, sewaktu Malaysia mengumumkan kawalan matawang dan modal serta Ringgit Malaysia ditetapkan nilai (peg) kepada US Dollar pada 3 September 1998, tindakan itu dikecam pelbagai pihak diperingkat dalam negara dan antarabangsa kerana dianggap tidak konvensyenal. Akhirnya, ianya terbukti berjaya menyelesaikan masalah krisis ekonomi negara, dan Malaysia sebaliknya menerima pelbagai pujian dan pengiktirafan kepada tindakan di’luar kotak’ tersebut.

Saya juga terkilan dengan kenyataan YAB Perdana Menteri sebelum ini menggesa rakyat untuk menyesuaikan diri dengan cara hidup berbeza sebagai reaksi kepada kenaikan harga minyak dan kos sara hidup yang meningkat. Rata rata, rakyat dipendalaman, termasuk kawasan Jerlun yang saya wakili, menyara hidup secara ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Sejauh mana lagi mereka perlu menyesuaikan diri, setelah meningkatnya kos sara hidup pada tahap terlalu membebankan kepada golongan ini.

4th June 2008 – UMNO sedarlah…

Mukhriz – i am wondering how many are there in the PEMUDA UMNO exco who is siding with Mukhriz’ in his struggle for changes in leadership.   How many hv openly declared their support for Mukhriz?

Jikalau benarlah, Mukhriz akan didisiplinkan oleh UMNO, ini bermakna semakin malaplah sinar2 kebenaran dan semakin kelam dan berserabutlah pemikiran saya…. kerana memikirkan masadepan agama, bangsa dan negara.

Jika demikian lah caranya, ini bermakna pemimpin2 UMNO sekarang lebih mementingkan survival mereka sendiri dari survival agama, bangsa dan negara.    Ini juga bermakna, UMNO tidak lagi relevan!!

Selama beratus tahun kita dijajah, selama lebih 100 tahun sahaja, imigrant China dan India menetap di Tanah Melayu, tak sampai 51tahun Malaysia merdeka, pemimpin2 Melayu terus dibuai mimpi2 indah.  Sejarah telah membuktikan, tatkala orang2 Melayu lalai, tatkala kepimpinan Melayu dan kesultanan Melayu lalai, kita telah menyerahkan tanah melayu kepada penjajah ‘secara aman’.   Adakah sejarah ini akan berulang kembali…

wallahulam…