5JUNE: TDM and his snippets + Fuel Price Increase

http://www.chedet.com/2008/06/snippets.html

Wednesday, June 4, 2008

Snippets

Tujuan baik tidak halalkan jenayah

YB Dato Zaid Ibrahim, Menteri Undang-Undang kecewa kerana dia akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin UMNO sedangkan dia hanya mempertahankan Perdana Menteri.

Peguam ini tidak faham bahawa tujuan baik tidak menghalalkan jenayah.

Takut kerana salah?

Ahli-ahli dan pemimpin cawangan dan bahagian UMNO tidak dibenar mendengar ucapan saya.

Apakah pemimpin tertinggi UMNO takut kerana mereka punyai banyak kesalahan yang mungkin dibongkar oleh saya?

Karpal percaya Pak Lah

Karpal Singh menyatakan ia tidak percaya Dato Seri Anwar Ibrahim akan dapat memujuk Ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional lompat masuk Parti Keadilan – {sekutu kepada parti Karpal (DAP)} supaya Anwar dapat jatuhkan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kerajaannya.

Karpal betul-betul sayang kepada Dato Seri Abdullah dan hendak dia kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ahli-ahli UMNO boleh berbangga kerana bukan mereka sahaja yang setia kepada Dato Seri Abdullah tetapi Karpal Singh yang dahulu musuh ketat UMNO sekarang setia kepada Dato Seri Abdullah sekaligus setia kepada UMNO.

Kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 lebih terjamin sekarang.

COMMENT FROM HANGNADIM.

terhibur hati membaca blog tun di pagi ini.  saya juga sedar, ramai lagi pembaca yang tak sedar TUN menyindir.. hehehe.
tetapi malangnya terhibur sedikit sahaja,hati tetap kecewa, harga minyak naik, dan yg pastinya harga barang2 lain akan naik juga.

Tun, bule tolong terangkan kepada kami bagaimana mekanisma subsidi di aturkan.. sejelas-jelasnya.
Pendapat saya, harga minyak di Malaysia tidak buleh diliberalkan mengikut harga pasaran.  Apa itu harga pasaran?  Sila define harga ‘pasaran’.  Kita juga adalah pengeksport minyak, bila harga minyak naik kita juga akan memperolehi keuntungan.  Tidak sesuai jika harga pasaran minyak mengikut harga di Singapura, Thailand kerana mereka pengimport minyak.  Malaysian ringgit juga semakin bertambah kekuatannya berbanding US Dollars.  Di manakah kerugian yang dihadapi oleh kerajaan.  Mintalah diperjelaskan…
Rasanya, pada pendapat saya, Paklah telah terlalu banyak menjajikan ‘habuan’ kononnya kepada rakyat, untuk popularit beliau, sehingga menyebabkan beliau terpaksa mencari duit dari sumber yang lain.  Paklah sungguh lemah untuk pentadbiran Malaysia.
https://hangnadim.wordpress.com/

Advertisements

1 Comment

  1. kaz said,

    June 5, 2008 at 2:40 am

    PENIPU BESAR

    Didalam semua suratkhabar arus perdana pada 3hb 6 2008 AAB ada menyatakan pengumuman kenaikan minyak akan diumumkan keesokan harinya dimana ia akan dikuatkuasakan pada bulan Ogos 2008.

    Tetapi PENIPUAN oleh AAB sekali lagi telah berlaku menghukum semua rakyat Malaysia dimana kenaikan minyak diumumkan naik serta merta pada hari ini.

    Inikah pemimpin sebenar yang masih tergamak menipu rakyat dengan memberikan janji-janji manis yang dinoktahkan dengan PENIPUAN BESAR sekali lagi.

    Masih tidak adakah pemimpin-pemipin UMNO sendiri berani untuk manjatuhkan beliau demi keharmonian Malaysia amnya dan bangsa melayu umumnya.

    TIDAK ADAKAH LAGI PEMIMPIN MELAYU YANG BERANI DAN TIDAK DAYUS SEPERTI SEKARANG SELAIN DARIPADA MUKHRIZ DAN BEBERAPA KERAT PEMIMPIN LAIN.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: