30th May — EZAM’s issues

FACT — Saudara Ezam kembali memasuki UMNO.  adakah perkara yg tersirat yg tak diketahui?  Apa peranan Dato Norza (ayam-tambatan KJ)?  Apa jadi pada GERAK?  Adakah GERAK sekarang bergerak dibawah tangah Norza, dan dgn itu secara tidak langsung KJ?  Adakah Gerak akan digunakan untuk mencari kesalahan2 musuh2 KJ, for KJ to gain political advantage?  wallahualam….

FACT — PakLah and CO endorsed Ezam’s re-registration as UMNO member (lifetime-membership).  Has MT UMNO endorsed the application?

Ezam — has already hinted that he might choose to run for Ketua Pemuda UMNO!!  Biar benar?

Hishamuddin — tak jadi keluar PEMUDA? akan mempertahankan kerusi Ketua PEMUDA? biar benar??

Mukhriz — tolonglah bertanding sebagai Ketua PEMUDA UMNO.  Pemuda semakin hilang arah tuju….

MT UMNO — semasa kecil dahulu, arwah ayah saya pernah mengatakan bahawa MT UMNO adalah penting sebagai THINK TANK UMNO.  Kebanyakan masalah/isu politik akan dibincangkan dan diperhalusi oleh ahli2 MT.  Tetapi kenapa MT UMNO semakin hilang taring?  Tiadakah ahli2 MT yg sedar akan bencana yg sedang menimpa UMNO?

Wallahualam…

30 May — Excerpt from http://drmaza.com/

1. Berhubung Dengan Pengharaman segala aktiviti Islam Hadhari di Selangor:
Dr. Mohd Asri menyebut: “Istilah Islam Hadhari telah mengelirukan banyak pihak, namun isi kandungannya baik. Malangnya, perlaksanaan isi kandungan itu kurang kelihatan, selebihnya hanya jenamanya sahaja yang diwar-warkan. Saya mencadangkan kepada pihak yang menolak secara ‘pakej’ supaya menilai dengan objektif, menerima aktiviti yang baik atau dasar-dasar yang baik yang termuat dalam Islam Hadhari dan boleh menolak jenama yang mengelirukan itu. Buang namanya, makan isinya seperti kueh tahi itik di Kelantan. Tak perlu panggil tahi itek, cuma makan sudahlah”.

2. PAS tidak akan mengharamkan arak dan judi di Selangor, tidak pernah berjanji pun untuk berbuat demikian. Bahkan beliau mencabar sesiapa yang dapat buktikan yang PAS pernah berjanji seperti itu.
Dr. Mohd Asri mengulas: “Inna lillah wa inna ilaihi raji’un. Saya seakan bermimpi. Suara siapakah yang saya dengar sejak dahulu yang begitu garang menghentam dan mengkritik kewujudan arak dan judi dalam negara ini. Bahkan ada yang sampai menghukum akidah pemerintah kerana perkara yang seperti ini. Aduhai politik dan kerusi terlalu cepat mengubah manusia. Tidak hairan jika ada tokoh yang menyebut: “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik”. Alangkah baik jika disebut; “kita sedang berusaha, atau masih dalam proses, atau mengambil pendekatan yang tersusun, atau sedang meneliti” atau seumpamanya. Bayangkan jika perkara seperti ini disebut oleh orang lain dari parti berkenaan, “apakah agaknya hukuman yang akan mereka jatuhkan?”

30May — HINDRAF ISSUES

Tergerak hati untuk menulis berkenaan dengan issu HNDRAF ini…. apakah yg sebenarnye berlaku?  Kenapakah HINDRAF berjaya dlm mengkuburkan MIC dan secara tidak langsung membuatkan pengundi2 berketurunan India di Malaysia berlari arah untuk mengundi pembangkang dlm PRU12?

Saya beranggapan dan terdengar desas-desus mengatakan ‘founder’ sebenar HINDRAF adalah DSAI.  Malah ada jugak desas desus mengatakan KJ terlibat sama, wallahualam.  Kebenarannya tak dpt hendak disahkan.

FACT — Hindraf (dan juga parti pembangkang) banyak menggunakan kes “Meruntuhkan Kuil Hindu” di Selangor untuk mendapatkan sokongan rakyat Malaysia beragama Hindu.

FACT — Lebih ramai kuil HINDU di Selangor daripada jumlah keseluruhan surau dan masjid di negeri Selangor.  Masyarakat ISLAM lebih ramai, tetapi kenapa ada lebih banyak kuil HINDU?

FACT — Kuil HINDU didirikan dimerata-rata tempat, dan kebanyakannya di tanah kepunyaan tuan persendirian, kerajaan negeri atau tanah kerajaan pusat.  dan didirikan secara haram.

SOLUTION — Saya terfikir kenapakah BN (PakLah) dan pemikir-pemikirnya tidak berjaya langsung (gagal!) dalam menghadapi situasi HINDRAF ini.  Tak bule fikirkah? Saya ingin mencadangkan agar kerajaan PUSAT menubuhkan satu jawatankuasa atau Jabatan Keugamaan bagi yg bukan beragama ISLAM, contohnya untuk penganut HINDU, Christian dsb, mempunyai fungsi yang sama dengan Jab. Agama Islam.  Sama spt Jab Agama Islam yg mempunyai kuasa untuk mendirikan surau dan masjid, Jabatan Keugamaan yg baru ini haruslah juga mempunyai kuasa untuk mendiri KUIL-KUIL HINDU.  Dengan cara ini, tidak semua orang bule membina kuil mereka sendiri melainkan dengan kelulusan dari pihak Jabatan Keugamaan ini.  Dengan secara tidak langsung, tiada lagi kes meruntuhkan KUIL2 HINDU kerana Jabatan Keugamaan ini hanya akan memberikan kelulusan setelah semua prosedur pembinaaan di sempurnakan.  Saya amatlah berharap jika ‘raw idea’ ini dapat diperhalusi lagi untuk kepentingan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Terima Kasih.

30May — Thoughts of the day

TDM — his blog’s success is phenomenal…. 1million hits! TDM you are still our saviour!! Teruskan perjuangan…..
Pemuda UMNO — mungkinkah tiada lagi pemimpin pemuda yg setanding dengan Datok Harun Idris?
Pemuda UMNO Johor – Syabas dan ingatlah keikhlasan untuk terus berjuang di landasan yg betul, pahit, amat pahit, tetapi perjuangan membangunkan ummah adalah jihad. Saya, sebagai anak negeri Johor mengimpikan Pemuda dan UMNO Johor yg bersatu suara dalam perjuangan mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara. UMNO haruslah menjadi lebih kuat, supaya kita dapat menjaga kedaulatan negara yg berbilang bangsa dengan lebih effektif dan aman. Tiada negara yang seaman Malaysia, berbilang kaum and agama dan bangsa.
Zaid — tolonglah menghormati ahli2 parlimen yang dilantik oleh rakyat…
Dato Nazri — saya menghormati pemimpin yang berani berdebat.. alangkah bagusnya jika Dato menyelami kembali hasrat rakyat Msia yang bekerja cari makan…. kesetiaan hanyalah kepada pembangunan ummah, UMNO bukan kerana pemimpin semata-mata.
Penggunaan ALLAH dalam kitab2/pernerbitan2 bukan Islam — Saya berharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan segera. Penggunaan perkataan ALLAH hanyalah SPESIFIC untuk orang2 Islam sahaja. Penggunaannya di pernebitan bukan Islam akan membuatkan orang ramai keliru. Jika menggunakan perkataan ALLAH untuk ‘mewakili’ TUHAN dalam penerbitan mereka, adakah mereka mengaku bahawa ALLAH sebagai tuhan mereka? adakah mereka itu ISLAM? Tolonglah jangan mempermainkan KEDAULATAN ISLAM di Malaysia.
PR di Selangor — Saya berharap mereka sedar bahawa mereka bukanlah pembangkang di negeri selangor ini. Tetapi mengapa mereka bertindak seolah2 mereka ini parti pembangkang. Memang mudah untuk mengkritik, dan saya berpendapat bahawa akan berjaya meng’bankrup’kan negeri selangor sebelum PRU13.
Islam Hadhari — Segala perbuatan pendakwahan untuk mendidik adalah amat2 diperlukan. Penjenamaan tidak penting, yang penting adalah ‘approach’. Al-quran and Hadis haruslah diperhalusi. Niat harus betul, barulah di redhai…
RUKUN NEGARA — penghayatan terhadap RUKUN NEGARA haruslah di terapkan. Kementerian Penerangan, sila2lah ambil perhatian.

23 May 2008 — thoughts for the day..

Mukhriz – adakah beliau akan di’reprimand’ oleh orang UMNO? adakah Hishamuddin akan tunduk dan menghukum seorang ahli MP Umno? Adakah Hishamuddin sedar sebahagian besar grass-root esp those from middle-income malays are in agreeable with Mukhriz stands.

Pemuda UMNO – tak tahukah mereka, that the silent majority are waiting for them to bersuara…. tiada lagikah suara2 seperti Alahyarham Datok Harun….

Gap in UMNO – tidak tahukah pucuk pimpinan UMNO bahawa ada dua faction besar di dalam UMNO.  1- Golongon Pemimpin UMNO, and 2-grass roots.  tidakmahukah mereka bersatu. bukankah pemimpin itu tugasnya adalah untuk memimpin dan membawa aspirasi dah kehendak grass root?

Zaid Ibrahim – soalan… dia ni orang BN ke orang pembangkang?

Tun Saleh Abas – a biased Lord President.  deserves to be sacked by Agong.  the only way to reverse the decision is by re-opening the royal tribunal.  Dont think Zaid is smart enuff to approach this.  Tun Saleh Abas didnt ever dare to defend himself in the royal tribunal.  As Lord President, it is very unbecoming.  I know the royal tribunal did mentioned, that it is unfortunate that they hv to come to a judgement without getting information from Tun Saleh Abas.   Tun Saleh Abas refused to testify!

Shud we seek help from the Sultans? — many opposed to this idea by saying that PakLah and Tun Dr Mahathir shud reconcile on the own effort.  But heck, this will take time, we dont have the luxury of time.  This is a critical 4 years for UMNO!!  We Malay will only unite for 2 things… ISLAM AND SULTAN.  no other.

Tun Dr Mahathir – Orang Melayu terkenal dengan sopan santun, menghormati orang lain terutamanya kepada orang yang lebih tua dan yang berjasa.  Kepada menteri2 yang berkenaan, tolonglah bersopan dengan TUN.  Dia MASIH RELEVAN.  Orang2 Melayu benci kepada orang2 yg kurang sopan.

Shahrir Samad – hanyalah seorang populist…  dengar kata dukun orang asli tu memang power? hehe

Pak Lah – tolonglah perbaiki hubungan dengan TUN Mahathir.  Objective anda berdua adalah sama.  Jauhilah pengaruh KJ.  KJ might prove to be the catalyst for PakLah’s downfall.

Orang2 Melayu – tolonglah bersatu.  bila majoriti bersatu, Orang Melayu akan menjadi lebih kuat dan stabil. Barulah dengan senang dapat menjaga kepentingan negara dan kebajikan kaum-kaum yg lain

UMNO Johor – kemanakah ANDA?? tolong jgn malukan anak johor!

update 22 May 2008

1.  Our very own TDM has started blogging >> http://www.chedet.com/

2.  Mukhriz — thank you for fighting on our behalf…

3. Najib — not relevant anymore…

4. KJ — similar threat to the survival of Malays…  sama mcm DSAI.

5. Nak menanging mengenangkan future of anak bangsa….